Sunday, 13 November 2016

TMK PLUG SEKOLAH RENDAH


TMK PLuG tahun 4, 5 dan 6

DAPATKAN bahan-bahan untuk mata pelajaran TMK bagi tahun 4, 5 dan 6. Mata pelajaran TMK bagi tahun 4 bermula pada tahun 2014, tahun 5 pula pada tahun 2015 manakala tahun 6 ialah pada tahun 2016. 

dapatkan bahan bahan pelajaran dan installer TMK PLuG pada link di bawah:-

1. Link untuk bahan pengajaran TMK PLuG tahun 4, 5 dan 6 : - Klik di sini


2. Link untuk Installer TMK PLuG tahun 4, 5 dan 6 :- Klik di sini


3. Kursus Scratch di SK Seri DUSUN
   
     LINK UNTUK BAHAN : KLIK DI SINI



TMK PLuG Tahun 1 2017

Elemen TMK merentas kurikulum bermula tahun 2017. Dimulakan dengan penyerapan unsur-unsur TMK dalam semua mata pelajaran tahun 1. Ada 4 perkara penting yang perlu difahami oleh guru bagi menjayakan  PdP dalam kelas iaitu:-

1. DSP

2. Modul Aplikasi

3. Modul Unplug

4. Pemikiran Komputasional

5. aktiviti Aplikasi

6. Aktiviti Unplug

Untuk maklumat lanjut serta bahan-bahan sokongan sila klik link di bawah


Link untuk bahan kursus :   KLIK DI SINI

Wednesday, 26 October 2016

BAHAN PENGAJARAN DAN INSTALLER MATA PELAJARAN TMK PLUG TAHUN 4, 5 DAN 6

TMK PLuG tahun 4, 5 dan 6

DAPATKAN bahan-bahan untuk mata pelajaran TMK bagi tahun 4, 5 dan 6. Mata pelajaran TMK bagi tahun 4 bermula pada tahun 2014, tahun 5 pula pada tahun 2015 manakala tahun 6 ialah pada tahun 2016. 

dapatkan bahan bahan pelajaran dan installer TMK PLuG pada link di bawah:-

1. Link untuk bahan pengajaran TMK PLuG tahun 4, 5 dan 6 : - Klik di sini


2. Link untuk Installer TMK PLuG tahun 4, 5 dan 6 :- Klik di sini

3. Kursus Scratch di SK Seri DUSUN
   
     LINK UNTUK BAHAN : KLIK DI SINI



TMK PLuG Tahun 1 2017

Elemen TMK merentas kurikulum bermula tahun 2017. Dimulakan dengan penyerapan unsur-unsur TMK dalam semua mata pelajaran tahun 1. Ada 4 perkara penting yang perlu difahami oleh guru bagi menjayakan  PdP dalam kelas iaitu:-

1. DSP

2. Modul Aplikasi

3. Modul Unplug

4. Pemikiran Komputasional

5. aktiviti Aplikasi

6. Aktiviti Unplug

Untuk maklumat lanjut serta bahan-bahan sokongan sila klik link di bawah


Link untuk bahan kursus :   KLIK DI SINI

Sunday, 23 October 2016

TMK PLuG TAHUN 1 KSSR 2017

TMK PLuG Tahun 1 2017

Elemen TMK merentas kurikulum bermula tahun 2017. Dimulakan dengan penyerapan unsur-unsur TMK dalam semua mata pelajaran tahun 1. Ada 4 perkara penting yang perlu difahami oleh guru bagi menjayakan  PdP dalam kelas iaitu:-

1. DSP

2. Modul Aplikasi

3. Modul Unplug

4. Pemikiran Komputasional

5. aktiviti Aplikasi

6. Aktiviti Unplug

Untuk maklumat lanjut serta bahan-bahan sokongan sila klik link di bawah

Link untuk bahan kursus :   KLIK DI SINI



Saturday, 22 October 2016

AMARAH


Amarah

Karya : MyZulk


Sinar Suria pagi memancar menembusi celah-celah dedaun mengenai lorong bertar itu. Sebahagiannya memancar terus ke muka Razak. Menampakkan mukanya yang bengis. Misainya yang bertaring, hidungnya yang agak besar  dengan wajahnya yang mencuka menonjolkan lagi kebengisannya.

           

            Kiri, kanan lorong itu ditumbuhi pepohon menghijau. Dari pepohon belukar renek yang agak jauh dari lorong sehinggalah pepohon bunga serta pepohon jejawi yang tumbuh berselirat membentuk rumpun-rumpun pokok sebesar pemeluk yang sengaja di tanam berhampiran lorong, menambahkan lagi seri lorong itu. Razak tidak memperdulikan semua itu. Dia terus melangkah.


“Kau tahulah nanti .” Razak bermonolog. Seraya itu dia mengebam bibirnya sehingga ternampak gigi hadapannya yang sumbing.


            Tidak semena-mena wajah Cikgu Zailan muncul di hadapannya. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu kelih akan muka Cikgu Zailan walaupun sesaat  tetapi bayangan itu datang juga. Razak mengerut dan mencebikkan mukanya menampakkan lagi kebenciannya kepada Cikgu Zailan.

           

  “Manusia berhati busuk,” herdik Razak tiba-tiba.

            Seraya itu dijegil matanya luas-luas. Matanya yang bulat itu nampak berurat-urat dan merah menyaga.  Marah sungguh dia. Baginya Cikgu Zailan tidak layak bergelar seorang guru. Cikgu Zailan telah melanggar batasan sebagai seorang guru. Tugas seorang guru hanya mengajar di dalam kelas, bukannya menjaga tepi kain orang. Walaupun Cikgu Zailan tidak pernah mengambil kisah tentang kehidupan rumah tangganya suami isteri tetapi mencampuri urusan harian anaknya samalah seperti mencampuri urusan keluarganya. Urusan anak bini dan keluarganya biarlah dia yang uruskan. Bukan orang lain. Jauh sekali Cikgu Zailan.

           

Dedaun yang ditiup pawana yang datang sekali sekala melambai-lambai bagaikan mengajak Razak mempercepatkan langkahnya. Razak membuka langkahnya lebih luas. Dalam pada itu wajah Cikgu Zailan masih belum nyah dari ingatannya. Benaknya terus berlegar-legar menyusun kata-kata yang akan diucapkan kepada Cikgu Zailan nanti.


“Kamu tidak layak mencampuri urusan anakku! Anakku sudah besar panjang. Tahulah dia menjaga diri.”


            “Ya, aku tahu anakku itu perempuan. Tetapi dia bukan seorang yang lemah. Malah dia seorang murid yang pintar. Walaupun tahun ini pelajarannya agak merosot tetapi tahun-tahun yang lalu dia telah banyak kali mengharumkan nama sekolah. Cikgu pun tahu tentang hal itu, bukan.”


            Razak merenung tepat ke muka Cikgu Zailan. Cikgu Zailan terus membatu.


“Biarkan, biarkan dia membatu. Baru dia tahu siapa aku.” Tiba-tiba sahaja terpacul ayat demi ayat  itu dari mulut Razak. Marah sungguh dia.

           

Rumah Cikgu Zailan sudah hampir benar. Razak bagaikan dipandu amarah terus menujah langkahnya dengan lebih laju lagi. Sesekali dia menoleh ke belakang. Ke arah keretanya yang diparkir agak jauh. Memang sengaja dia berbuat begitu. Dalam fikirannya dia ingin memerangkap cikgu muda itu. Ingin dibalunnya cukup-cukup Cikgu Zailan. Kemudian dia akan membiarkan Cikgu Zailan dalam keadaan tidak berdaya. Dia akan  senyap-senyap menyusup keluar dari perkarangan rumah Cikgu Zailan. Biar jiran-jirannya tidak sedar akan kehadirannya ke rumah guru muda itu.


Pap! Tiba-tiba kakinya tersadung. Razak melayah sedikit ke hadapan. Badannya terhuyung-hayang. Langkahnya menjadi sumbang. “Huh,” Razak merengus.


Cepat-cepat dia membetulkan langkahnya. Nasib baik Razak tidak tersungkur ke tanah. Kalau tidak alangkah malunya. Pedih dari kesan luka akibat tersadung  terasa menyucuk-nyucuk. Sambil menahan sakit bertambah mendidihlah darah Razak. Matanya yang sejak dari tadi telah tersedia merah kini bagaikan bebola pawaka yang bisa menyambar dan membakar apa sahaja yang melintas di hadapannya. Pawaka dari panahan matanya boleh membakar seluruh semak samun di hadapannya. Kalaulah Cikgu Zailan secara kebetulan melintas di situ, pasti musuhnya itu akan hangus rentung disambar pawaka dari panahan matanya.

Razak mengetap-ngetap giginya. Dia memandang sekeliling. Sunyi. Hanya pokok-pokok yang kelihatan. Pokok-pokok itu seolah-olah mentertawakannya. Seolah-olah suka melihat gelagatnya semasa tersadung. Geram betul Razak. Sebatang pokok jejawi sebesar dua pemeluk dan rendang  menaungi bumi di hadapannya itu seolah-olah tersenyum sinis melihat kelakuannya. Darah Razak semakin mendidih. Marahnya semakin meruap-ruap. Tiada apa yang dapat menahannya kali ini. Dia pasti akan mencurah seluruh  kemarahannya kepada  Cikgu Zailan. Akan diganyangnya Cikgu itu cukup-cukup.


            “Zailan,” tiba-tiba terpacul nama itu dari mulut Razak. Suaranya yang kuat dan garau akibat geram itu bergema ke segenap penjuru. Suara itu bukan disengajakan. Tetapi ia hadir dari minda bawah sedarnya. Razak tidak pasti sama ada Cikgu Zailan mendengarnya atau tidak. Itu tidak penting baginya.


            Razak semakin mempercepatkan langkahnya. Dia ingin segera sampai ke rumah Cikgu Zailan.  Dia ingin segera melangsaikan apa yang terbuku di hatinya. Biar Cikgu Zailan tahu siapa dia. Bekas tonto. Pukul orang atau bunuh orang bukan masalah besar baginya.

            Razak terbayang kembali zaman silamnya. Zaman dia masih belia remaja. Waktu itu sebut sahaja Razak Tonto, semua orang kecut perut. Taukeh-taukeh kedai, baik Cina, baik Melayu, baik India semua gerun akan nama itu. Tugasnya mudah sahaja. Memungut hutang daripada taukeh-taukeh yang liat membayar hutang. Sekiranya tidak dapat bayar, Razak tidak teragak-agak untuk memukul atau mencederakan mangsanya. Malah keluarga mangsa juga akan mendapat susah angkara Razak.


Razak berhenti menjadi tonto setelah berkahwin dan punya anak. Anak tunggalnya, Amira. Itupun setelah Amira diculik oleh orang yang berdendam kepadanya. Namun dia bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan Amira melalui konco-konconya yang bertaburan di merata-rata tempat. Selepas peristiwa itu naluri kebapaan telah menyekatnya daripada melakukan kerja-kerja tonto lagi. Dia ingin membina hidup baru dengan keluarga tanpa gangguan. Sejak itu juga dia membawa keluarga berpindah ke desa kecil ini.

           

Hayunan kaki Razak bagaikan tidak terasa. Sekejap lagi pasti Razak akan sampai ke rumah itu. Itu sudah pasti.

.

            “Encik Razak, tujuan saya menjemput encik datang untuk memberitahu bahawa sudah hampir seminggu Amira tidak ke sekolah. Adakah sepanjang minggu ini Amira berada di rumah...? atau dia sakitkah?” Razak terkejut mendengar penjelasan Cikgu Zailan, guru kelas Amira. Dia seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Cikgu Zailan.

”Tapi... Tapi setiap hari dia ke sekolah cikgu.” Razak cuba mempertahankan anaknya.

”Walau bagaimanapun saya akan siasat perkara ini.” Janji Razak kepada Cikgu Zailan.


            Selang beberapa minggu kemudian Razak dipanggil lagi ke sekolah. Dia hadir dengan separuh hati. Dia hampir pasti Cikgu Zailan akan membebel fasal anaknya lagi. Dia telahpun bersedia dengan jawapannya. Dia telah pun bertanyakan hal tersebut kepada anaknya.  Amira memberitahunya bahawa dia tidak berminat ke sekolah kerana tidak berminat dengan cara pengajaran Cikgu Zailan. Cikgu Zailan terlalu tegas terhadap anak muridnya. Cikgu Zailan selalu membebel fasal masalah moral anak-anak muda sekarang. Masalah moral tidak termasuk dalam isi pelajaran Sains yang diajar Cikgu Zailan. Amira tidak suka bebelan begitu. Jiwa mudanya mudah memberontak.

           

            ”Encik Razak, Amira telah pun datang ke sekolah. Tahniah. Namun begitu saya berpendapat ada sesuatu yang tidak kena pada Amira.”

            ”Kenapa cikgu?”

           

”Saya dapati dia tidak memakai tudung lagi ketika hadir ke kelas. Peraturan sekolah ini mewajibkan semua murid memakai tudung. Saya takut perkara ini akan menjadi ikutan murid lain. Kami telahpun menegurnya tetapi dia membantah dengan alasan emansipasi wanita. Pihak sekolah masih memberi peluang untuknya berubah.”

            ” Tidak memakai tudung bukan satu kesalahan, cikgu.”

            ”Ini sekolah aliran agama. Memakai tudung diwajibkan kepada semua murid dan guru.”

            ”Ini sekolah agama. Mengajar tentang Islam. Tentu guru-gurunya banyak pengetahuan tentang Islam. Takkanlah mereka tidak tahu bahawa Islam tidak terletak pada tudung. Walaupun seseorang itu  tidak memakai tudung, dia tetap Islam. Yang penting hatinya. Islam terletak pada hati, bukan pada tudung.”

            ”Betul, Islam tidak terletak pada tudung. Walaupun tidak memakai tudung, seseorang itu tetap Islam. Tetapi hukum Allah mewajibkan wanita menutup aurat. Memakai tudung bertujuan untuk menjaga aurat. Ini adalah perintah Allah dan rasulnya seperti firmanNya dalam ayat AT-Taghabun 64:12   yang bermaksud Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling, sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata. Pihak sekolah menetapkan peraturan yang selari dengan kehendak Islam sebagai Ad-din.” Cikgu Zailan seolah-olah berceramah kepada Razak. Bengkak hati Razak bila pendapatnya ditolak mentah-mentah oleh Cikgu Zailan.

Cikgu Zailan terus menyambung ayatnya, ”Kesempurnaan Islam harus dikuatkan dengan iman. Kesempurnaan iman terletak pada hati, perkataan dan perbuatan yang mengesakan Allah. Iman akan luntur jika tidak menjaga asas kesempurnaan iman iaitu hati, perkataan dan perbuatan. Kita harus yakin bahawa ketetapan Allah itu benar. emansipasi wanita harus berlandaskan hukum Allah. Jika terkeluar daripada hukum Allah, maka kita harus menolaknya.”

Merah padam muka Razak. Tidak disangkanya bahawa cikgu Zailan begitu petah berhujah.    


            ”Oh, ya... hampir saya lupa.. ! . Ada murid yang ternampak Amira bergaul dengan budak-budak nakal selepas waktu sekolah. Bila saya siasat, Amira akui dia menyertai budak-budak Black Metal. Katanya untuk suka-suka. Saya lebih bimbang tentang perkara ini.”


            ”Kenapa cikgu perlu bimbang. Dia anak saya, bukan anak cikgu. Lagipun kalau dia hendak berkawan dengan sesiapapun, biarkanlah. Dia sudah besar. Sudah pandai menjaga diri. Dia tahulah apa yang dilakukannya.” Marah benar Razak kepada Cikgu Zailan. Dia mengetap-ngetap bibirnya beberapa kali. Suaranya seakan-akan tertahan-tahan bila bercakap.


            ”Encik Razak, Usia Amira baru separuh masak. Baru 16 tahun. Dalam usia yang rapuh begini dia mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak elok. Kita harus selamatkan dia.”


            ”Selamatkan dia! Apa yang hendak diselamatkan?”

            ”Black Metal merupakan salah satu wadah bangsa Yahudi untuk menyesatkan umat Islam. Mereka menggunakan ’Star Of David’, lambang agama Yahudi dalam amalan ritual mereka untuk memuja syaitan. Memuja syaitan bukannya amalan dalam Islam. Islam mengharamkan umatnya memuja syaitan.”


            ”Amira tidak sampai ke peringkat memuja syaitan. Saya tahu dia budak baik.  Asuhan agama yang saya beri telah mencukupi sebagai benteng untuk mempertahankan dirinya. Saya tahu dia hanya berkawan untuk suka-suka sahaja. Dia ingin tahu tentang dunia luar. Dia ingin menikmati globalisasi. Apakah itu salah?” Jawapan Razak menyebabkan Cikgu Zailan terkejut pula.   

           

            Razak betul-betul berada di hadapan rumah Cikgu Zailan kini. Lamunannya terhenti apabila melihat kelibat Cikgu Zailan. Cikgu Zailan yang sedang menebas rumput berpaling ke arah orang yang sedang menghampirinya. Dia kenal benar akan orang itu. Tetapi gaya orang yang dikenalinya itu menghampirinya menyebabkan dia terasa tidak sedap hati. Dia berdiri kaku seolah-olah menantikan sebarang tindakan daripada Razak. Razak pula berdiri mencekak pinggang hanya beberapa meter dari Cikgu Zailan. Mereka saling berpandangan tetapi tidak seorangpun antara mereka bersuara. Razak mengangkat tangannya. Jari telunjuknya dituding kasar ke arah Cikgu zailan. Belumpun suara garaunya terkeluar dari kerongkongnya tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia kaku seketika. Mungkin terkejut dengan deringan telefon yang mengganggu amarahnya. Jarinya masih menuding ke arah Cikgu Zailan. Pada mulanya Razak seolah-olah tidak memperdulikan deringan tersebut tetapi apabila deringan itu berulang-ulang dia mengalah juga. Razak menyambut telefon bimbitnya dari dalam kocek bajunya. Dia bercakap-cakap seketika melalui telefon. Suaranya agak serius tetapi butir cakapnya tidak begitu jelas di telinga Cikgu Zailan. Selepas bercakap Razak memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam kocek baju.


Razak berhenti seketika tanpa berbuat apa-apa. Dia menarik nafas panjang. Kemudian Razak memusingkan badannya dan terus beredar meninggalkan Cikgu Zailan yang terkebil-kebil melihat gelagat Razak. Cikgu Zailan hairan melihat telatah Razak yang datang dengan gaya seolah-olah ingin bergaduh dengannya tiba-tiba meninggalkan halaman rumahnya tanpa sepatah perkataanpun setelah bercakap melalui telefon. Cikgu Zailan berasa sungguh pelik tetapi dia sengaja membiarkan keadaan terus berlalu begitu.


            Razak terus memerhatikan Amira anaknya. Pakaiannya serba hitam. Lambang ’Star Of David’ terpampang besar pada baju T yang dipakai Amira. Amira yang melihat kelibat ayahnya berasa kecut. Kali ini dia sungguh takut akan kelibat ayahnya. Walaupun ayahnya sering membelanya terutama apabila berhadapan dengan cikgu Zailan, kali ini dia tidak pasti sama ada ayahnya akan membelanya atau tidak. Daripada renungan mata ayahnya dia dapat rasakan bahawa ayahnya tidak akan menyebelahinya. Dia amat pasti tentang perkara itu. Amira cukup masak dengan perangai ayahnya. Terutama ketika marah.


            ”Kami membuat serbuan ketika anak encik dan kawan-kawannya sedang menjalankan upacara ritual yang mereka panggil ’gig’. Mereka menjalankan upacara pemujaan syaitan.” Terang pegawai   muda dari Jabatan Agama Islam itu. Tersirap darah Razak mendengarnya.


            ”Kami juga mendapati anak encik memakai ini. Beberapa orang kawannya juga turut memakai benda ini.” Pegawai muda itu menyambung cakapnya sambil menunjukkan seutas rantai yang tergantung lambang salib dalam keadaan terbalik. Berdentum jantung Razak melihat benda yang ditunjukkan pegawai muda itu. Jantungnya terasa bagaikan dipanah petir.


            ”Dan,” pegawai itu berhenti seketika. Dia menatap wajah Razak. Razak menanti dengan berdebar-debar.


            ”Ujian air kencing yang dilakukan oleh pihak berwajib  mendapati anak encik positif mengandung. Ujian dadah akan diketahui dalam masa terdekat.” Kata-kata itu menyebabkan pandangan Razak tiba-tiba menjadi kabur. Buat pertama kalinya setelah melangkah ke alam dewasa, air mata Razak menerjah membasahi pipinya.


Razak membuang pandangannya ke arah tingkap,  menatap ufuk jingga yang  kian melabuhkan tirainya dikaki langit. Ufuk jingga itu akhirnya beransur-ansur  hilang dipanah kelam. Malam akan berlabuh sebentar lagi.